Potret Cinta Kita 45




LUKISAN KE-45
“Oh, man. You can always send the sketch to me tomorrow. You are on your leave! Why are you at the office?” Paul menepuk-nepuk bahu rakan sekerjanya itu sambil tersenyum lebar. Lakaran yang diberikan Azrul tadi dia letakkan ke atas meja.
Azrul turut mengukir senyuman. “Well, I just don’t want to keep you waiting.” Lelaki itu memberitahu sambil melihat keadaan ruang pejabat Paul.
“Oh, my. Have a seat! I’m sorry with my work place. You know, when you’re busy..” Paul cuba menerangkan keadaan ruang pejabatnya yang agak tidak kemas kepada Azrul.
Azrul hanya terdiam. Dia melabuhkan punggungnya ke atas kerusi di hadapan meja Paul.
“So, how was your holiday? How was your wife? Everything is good?” Bertubi-tubi soalan keluar daripada mulut lelaki mat saleh itu. Fail-fail yang agak berselerak di atas mejanya dikemaskan satu persatu. Lakaran milik Azrul tadi diletakkan di tepi komputer ribanya.
Azrul tersengih. “Couldn’t be better.” Ringkas sahaja dia menjawab. Lelaki itu teringat akan isterinya yang sedang duduk bersendirian di rumah. Perasaan rindu mula terbit. Dia tidak sangka yang dia boleh angau sampai begitu sekali.
Paul yang sedar akan kelakuan Azrul turut tergelak sama. “Well, I guess you’re thinking about your wife at home. Am I not right?”
Azrul tergelak besar. “Ah, Paul. That’s rubbish!” Azrul malu hendak mengaku yang dia sememangnya sedang rindukan Ezza di rumah. Di pejabat, lelaki itu memang terkenal dengan gelaran ‘workaholic’. Azrul sering sibuk dengan kerjayanya sehingga dia mengabaikan segala-galanya. Kebiasaannya, Azrul jarang tersenyum di pejabat. Inikan pula tergelak. Paul sedar akan perubahan dalam diri rakan sekerjanya itu.
Paul hanya tersenyum. “Oh, yes. Before I forgot, we have a work trip to China next week. To.. what does that place called.. Ah, Guangzhou! There are ten of us going and you are included.” Dia memaklumkan lelaki itu sebelum bangun daripada duduknya. Kot hitam yang disarungkan ke atas kerusi ditariknya. Dia menyarung kot hitam itu ke badan.
Dahi Azrul berkerut. “A work trip? To China?”
“Yes!”
Azrul mengeluh berat. Dia baru sahaja pulang daripada bercuti dan minggu hadapan dia harus ke China pula atas tujuan kerja. Terbit rasa kasihan pada Ezza yang bakal dia tinggalkan untuk beberapa hari bagi memenuhi tuntutan kerja. “How long?”
Fail-fail yang disusun tadi diraihnya. Paul sudah bersedia untuk keluar dari bilik itu. Dia harus ke tempat pembinaan untuk memeriksa keadaan. “Umm.. I think about four to five days. I will inform you for further notice yeah? I have to go to the construction site now. If you please.. help me close the door later will you?”
Azrul mengangguk kecil sambil melihat Paul berjalan keluar dari bilik itu. Azrul terduduk di situ untuk seketika. Sesekali tangannya naik ke muka lalu wajah itu diraupnya. Azrul tidak mahu tinggalkan Ezza sendirian di Malaysia. Sudah pasti Ezza akan berasa bosan duduk di rumah kerana dia sudah tidak lagi bekerja. Tetapi, Azrul tidak boleh menolak kerana lawatan itu adalah atas dasar kerja.
“Azrul?”
Azrul terjaga daripada lamunannya. Dia berpaling ke belakang untuk melihat gerangan suara yang memanggil namanya tadi. Azrul terdiam. Dengan pantas, lelaki itu bangun daripada duduknya. Figura wanita yang sedang berdiri di hadapannya itu ditatap lama. "You intip I ke Yana? Macam mana you tahu I kerja dekat sini? What are you doing here at my office?” Setelah lama mendiamkan diri, akhirnya Azrul bersuara.
Wajah Azrul dipandangnya kosong namun senyuman masih lagi tidak lekang daripada wajah Dayana. "Rul, I tak intip you okay? I baru mula kerja dekat sini sejak hari Sabtu lepas. You yang tak ada dekat pejabat. I nak bagi tahu you tapi I tak ada nombor you! Bukannya I tahu ni tempat kerja you. No!" Dayana cuba mengelat. Tetapi hakikatnya, dia sudah terlebih dahulu menyelidik tempat kerja Azrul. Cuma rumah Azrul sahaja belum dia ketahui.
Azrul tidak tahu sama ada hendak mempercayai kata-kata gadis itu ataupun tidak. Yang penting, dia masih lagi tidak bersedia untuk berjumpa dengan wanita yang pernah mematahkan harapannya dahulu. “Sudahlah, Yana. Save all the lies. I tak nak you muncul lagi depan I.” Azrul sudah mula melangkahkan kakinya ke arah pintu keluar.
Dayana pantas meraih pergelangan tangan lelaki itu. “Rul, tolong bagi peluang untuk I jelaskan apa yang dah berlaku ni. Please?” Dia cuba merayu tetapi pegangan tangannya dileraikan oleh Azrul.
Lelaki itu tersenyum sinis. “Apa lagi yang you nak jelaskan Yana? Everything is crystal clear now! You don’t need to explain anything! I dah tak perlukan you dalam hidup I dan I harap you tak ganggu I dah lepas ni!” Kaki Azrul pantas bergerak ke arah pintu. Tangannya sudah kejap memegang tombol pintu bilik pejabat Paul.
“Why? Sebab you dah kahwin?”
Soalan yang Dayana ajukan tadi membuatkan Azrul terdiam seribu batu. Macam mana dia tahu? Setahu Azrul, dia tidak pernah memberitahu gadis itu yang dia sudah berkahwin. Azrul pasti yang Dayana juga tidak kenal siapa isterinya.
“Rul, you.. you dah kahwin?” Sekali lagi Dayana menyoal. Dia tidak akan berasa puas hati selagi soalannya tidak berjawab. Dia ingin tahu kebenarannya. Benarkah lelaki yang dia cintai itu sudah mempunyai isteri dan bergelar suami.
“That is none of your business.” Tombol pintu dipulasnya lalu Azrul berjalan keluar daripada pejabat Paul dan meninggalkan Dayana yang masih berada di dalam ruang pejabat dalam keadaan buntu.
*******
Ezza berdiri di hadapan pintu bilik 106 di KPJ Damansara Specialist itu. Setiap kali dia hendak mengetuk pintu bilik gadis itu akan bertukar cemas. Dia khuatir nanti Haziq tidak suka melihat kehadirannya di situ. Tetapi, kenapa Abang Iz telefon aku banyak kali kalau dia tak nak aku datang sini? Ezza cuba meneka.
“Ahh.. Pedulikan je lah.” Dia memulas tombol pintu bilik 106 itu lalu berjalan masuk ke dalam. Ruang bilik yang besar kelihatan kosong. Dia kerling ke arah lelaki yang sedang duduk di sisi katil Puan Alisa. Haziq. “Assalamualaikum.” Sempat lagi Ezza memberi salam sebelum meletakkan beg sandangnya ke atas sofa di hujung bilik itu.
Haziq memandang gadis itu dengan pandangan kosong. Dia tidak sangka yang akhirnya Ezza sudi juga datang menjenguk keadaan ibunya. “Abang Iz telefon Ezza banyak kali. Sekali pun Ezza tak pernah angkat.” Dia bangun daripada duduknya lalu berjalan ke arah meja yang dia letakkan botol air mineralnya.
Ezza jadi tidak selesa apabila Haziq memanggil namanya tetapi bukan dengan panggilan ‘adik’ seperti selalu. “Ad.. adi.. Ez.. Ezza dengan Abang Rul tak ada dekat KL dua tiga hari ni.” Tergagap-gagap dia menuturkan kata. Dia masih lagi berdiri di tempat yang sama.
“Pergi mana?” Haziq menanya lagi.
Ezza mulai terasa janggal untuk berbicara dengan lelaki itu. Dia melabuhkan punggungnya ke atas kerusi yang tersedia di tepi katil Puan Alisa. “Kenapa dengan Mummy?” Dengan pantas, dia cuba untuk menukar topik. Dia tidak mahu Haziq bertanya tentang Azrul pula selepas ini.
Haziq mengeluh perlahan. “Dah empat hari Mummy pengsan. Abang Iz tak tahu apa masalahnya. Bila bawa ke hospital, doktor buat pemeriksaan dan dapati Mummy sakit barah otak tahap ketiga. Abang Iz langsung tak sangka.” Dia meraup wajahnya beberapa kali lalu melabuhkan punggungnya ke atas sofa.
Ezza menoleh ke arah Puan Alisa. Wajah wanita tua itu ditatapnya lama. Jiwa Ezza kosong. Entah kenapa, tidak wujud perasaan simpati akan wanita itu. Ezza terasa dirinya seakan-akan kejam terhadap Puan Alisa.
“So.. Ezza macam mana? Sihat?” Setelah lama Ezza tidak bersuara, Haziq cuba untuk memulakan perbualan. Dia tidak mahu keadaan terus begitu. Dia tidak mahu gadis yang pernah dia sayangi terasa janggal apabila berbicara dengannya.
Ezza terkejut apabila ditanya begitu. Dia memalingkan wajahnya ke arah Haziq yang sedang duduk di sofa. “Hah? Umm.. Alhamdulillah, Ez.. Ezza sihat. Abang Rul pun sihat juga.” Ezza menjawab sambil cuba mengukir satu senyuman ikhlas buat ‘abang’ tersayang. Dia menarik keluar telefon bimbitnya daripada poket seluar jeans. Jari jemarinya laju menekan skrin HTC Heronya itu.
“Azrul?” Sekali lagi bibir Haziq mengeluarkan nama lelaki itu.
Ezza jadi tidak selesa namun dia anggukkan sahaja kepalanya. “Hmm.. Ezza terlupa nak bagi tahu Abang Rul tadi yang Ezza nak keluar. Ezza tak nak Abang Rul risau.” Usai menaip, Ezza menghantarkan khidmat pesanan ringkas itu kepada suaminya. Telefon bimbit itu dimasukkan semula ke dalam poket seluar jeans.
Haziq tatap fizikal gadis itu lama. Sudah agak lama dia tidak berjumpa dengan Ezza. Sejak Ezza bergelar isteri kepada Azrul, sejak itulah dia tidak lagi bersua muka dengan gadis itu. Dia tidak dapat nafikan perasaan kasih dan sayang akan Ezza masih lagi wujud. Dia rindukan gadis itu!
“Kalau Abang Iz tak kisah, Ezza nak jaga mummy.” Ezza menawarkan dirinya untuk menjaga Puan Alisa di hospital. Dia tahu yang kata-katanya tadi agak mengejutkan Haziq tetapi dia benar-benar ikhlas ingin menjaga wanita itu.
Haziq terdiam seketika. Otaknya ligat memikir sebab mengapa Ezza mahu menjaga ibunya yang sudah banyak membuat hidup gadis itu susah suatu ketika dahulu. Setahu Haziq, ibunya tidak pernah suka akan Ezza. Puan Alisa akan berbuat apa-apa sahaja untuk menjauhkan Ezza daripadanya. Tetapi, kini Ezza pula yang dengan rela hati ingin menjaga ibunya.
“Abang Iz?”
Suara Ezza yang lembut itu menyapa gegendang telinga Haziq membuatkan lelaki itu tersedar semula daripada lamunannya. “Hmm?”
“Boleh tak Ezza jaga Mummy?”
Haziq mengangguk perlahan. “Boleh. Tapi, Ezza jaga waktu siang je. Itupun bergilir-gilir dengan Kak Yati. Malam Abang Iz pula yang jaga lepas Abang Iz balik dari tempat kerja.” Haziq tahu dengan adanya Ezza di hospital, dia akan lebih kerap berjumpa dengan gadis itu. Dapatlah dia melepaskan rasa rindunya terhadap Ezza!
Ezza setuju dengan cadangan lelaki itu. “Okey.”
*******
Sudah lebih lima belas minit Azrul duduk di dalam keretanya. Pendingin hawa yang terpasang masih lagi tidak dapat meredakan api kemarahannya terhadap Dayana. Dia tidak sangka yang gadis itu kini bekerja di pejabatnya.
“How in the world did she know my work place?!” Dia memukul stereng kereta Volkswagen Tiguan Sport itu beberapa kali. Azrul tidak dapat menahan marah. Entah kenapa, dia benci benar dengan wajah itu. Kalau boleh, dia tidak mahu lagi Dayana muncul di hadapannya. Fikiran Azrul jauh melayang mengenangkan saat-saat dia melamar gadis itu untuk menjadi teman sehidup sematinya sewaktu di England.
“I pening betullah dengan perangai Min tu. Sayang.. You want to know something? Semalam Min cuba nak masak nasi. But then, the rice got burnt! Dan dia pergi campak je periuk tu masuk dalam sinki! I mean like.. what?!” Dayana tergelak-gelak sambil meletakkan napkin ke atas pahanya.
Azrul hanya tersenyum. Sebenarnya, jantungnya kini sudah berdegup kencang. Dia cemas dan tidak tahu hendak berbuat apa. Kotak kecil yang disimpan di dalam poket disentuhnya setiap saat. “Kita order ye sayang?” Azrul mengangkatkan tangannya untuk memanggil seorang pelayan.
Dayana mengangguk. “Yeah, sure.”
Seorang pelayan lelaki berjalan ke arah mereka. Sebaik sahaja pelayan lelaki itu tiba dia meja, Azrul dan Dayana terus membuat pesanan. “What is with this place? Siap ada orang main violin lagi.” Dayana tergelak kecil selepas pelayan lelaki itu hilang daripada pandangannya.
Azrul hanya tersenyum tawar. “Kenapa? You don’t like it?” Takut juga kalau gadis itu tidak berkenan dengan restoran yang dia pilih malam itu. Azrul mahukan semuanya berjalan dengan lancar. Dia tidak mahu ada apa-apa pun yang mengganggu rancangannya pada malam itu.
Gadis itu tersenyum lebar. “I love it.”
Jawapan Dayana tadi membuatkan hati Azrul sedikit lega. Namun, kegelisahan di hatinya masih lagi tidak beransur. “So.. So, how was your day?” Jelas kelihatan di wajah Azrul yang lelaki itu sedang panik.
Dahi Dayana berkerut. Dia cuba untuk memahami apa yang sedang Azrul fikirkan tetapi bibirnya masih lagi laju menutur kata-kata. “I submit my last assignment to Professor Eisenburg but he told me that I lack of experience in this field! I mean sayang.. we both got awards for our excellence results for the last exams! How could he ever said that to me?” Dayana melipatkan tangannya ke dada.
Azrul masih setia mendengar. Sebenarnya, dia tahu yang Professor Eisenburg lebih suka akan dirinya berbanding dengan teman wanitanya itu. Memang sejak awal pengajiannya lagi Professor Eisenburg lebih suka bekerja dengannya berbanding Dayana.  Gadis itu pula sering dibanding-bandingkan dengan dirinya.
Azrul hanya tergelak kecil.
Dayana buat muka merajuk. “You gelak sayang?”
Azrul menutup mulutnya dengan tangan kanan. “Oops, sorry.” Namun, dia menyambung tawanya sehingga membuatkan Dayana sedikit marah. Azrul tersenyum saat bahunya ditolak perlahan oleh Dayana.
“And I sprained my ankle during my dance session. Ugh.. today is a disaster!” Dayana meraup wajahnya sebelum mengeluarkan satu keluhan berat.
Pelayan lelaki tadi kembali ke meja mereka bersama makanan yang telah dipesan. Diletaknya sepinggan stik di hadapan Azrul dan pinggan berisi Fish O’ Fillet di hadapan Dayana. Kedua-duanya tersenyum.
“Before we dig in.. I have something to tell you.” Azrul sudah bangun daripada tempat duduknya. Dia berdehem beberapa kali cuba untuk memanggil pemain biola itu untuk datang dekat dengan mejanya.
Pemain biola lelaki itu seolah-olah mengerti. Dia berjalan mendekati Dayana dan Azrul lalu mula memainkan lagu I Do hasil karya Thomas Smith. Dayana mulai tersenyum saat Azrul sudah berlutut di hadapannya. Lagu kegemaran yang menjadi latar belakangnya membuatkan Dayana menitiskan air mata. “Oh God..”
Azrul tersenyum sambil mengeluarkan kotak kecil berwarna merah keluar daripada poket seluar jeans. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum membuka bicara. “Dayana Sofea bt Hashim. We’ve known each other for three years. And you know how much I love you. You’re the love of my life and I want to spend the rest of my life with you. Marry me.” Laju sahaja Azrul menuturkan kata-katanya tadi. Jantungnya kini seakan-akan ingin melompat keluar. Dia benar-benar takut hendak mendengar jawapan yang bakal keluar daripada bibir gadis itu sebentar lagi.
Dayana mula berfikir panjang. Dia tidak pasti sama ada hendak mengahwini lelaki itu ataupun tidak. Dia tidak nafikan bahawa dia benar-benar mencintai Azrul. Tetapi, dia bimbang Azrul tidak dapat menerima hakikatnya bahawa dia kini menghidap penyakit leukemia.
“Come on sayang..” Azrul sudah semakin cemas menunggu jawapan Dayana. Dia sudah tidak senang duduk apabila melihat Dayana yang masih mendiamkan diri.
Bibir Dayana terketar-ketar saat dia ingin memberi jawapan buat lelaki yang sedang berlutut di hadapannya. “Ye.. Yes.”
Azrul tersenyum lebar. Dia mengeluarkan cincin perak itu daripada kotak lalu menyarungkan cincin itu ke jari Dayana yang putih mulus. Dayana tersenyum lebar. Dia terus melayangkan tubuhnya ke arah Azrul. Lelaki itu didakapnya erat. Dayana takut. Dia benar-benar takut.
BRR! BRR!
Azrul tersedar saat telefon bimbitnya yang dia letakkan di dalam poket seluar bergetar. Satu khidmat pesanan ringkas masuk ke dalam peti. Azrul menekan skrin telefon bimbitnya lalu membuka khidmat pesanan ringkas yang datang daripada Ezza itu.
Ezza ada dekat KPJ Damansara Specialist. Bilik 106. Mummy masuk wad.
Azrul mengeluh berat. Dia meraup wajahnya beberapa kali. “Ezza..”

4 Sayang ShaZee Dekat Sini:

Anonymous said...

sibuk r dayana nie..huhu.. arap2 azrul x bralih arah..

HUDAPIS said...

azrul plak yg pening lalat..stick to ezza je..hehe

IVORYGINGER said...

relax la Azrul... jgn cepat melatah. tak payah nk marah. kisah lalu biarkan berlalu. skali pun ada sbb ln yg sbbkan Dayana lari, itu mmg suratan takdir yg jodohkan hg dsh dtetapkan dgn Ezza. Biarkan Dayana bermimpi di siang hr. Hg yg kena tunjuk pd dia hg berpijak di bumi yg nyata. okay!!! ;D

mona said...

Shazee,bl nk up n3 46 ni,sari dh tnggu ni,plssssssssssss

Ada Soalan Nak Tanya Shazee?

Sincere Contribution